Selasa, 14 Juni 2011


Kepada pembaca yang mempunyai sambungan broadband dirumah (Streamyx, Penangfon, etc),tahukah anda bahawa anda dapat menjadikan rumah anda sebagai zon WIFI hotspot seperti yang banyak terdapat di restoran-restoran mamak, cybercafe dan lain-lain.
Dengan sedikit kelengkapan dan kemahiran,anda dapat menyiapkan Wifi hotspot sendiri dengan mudah.
Kelebihan :
1.Jika dahulu hanya sebiji komputer atau laptop dapat mengakses internet, kini semua komputer dan laptop dirumah anda dapat mengakses internet serentak!
2.Jika rumah anda adalah rumah dua tingkat, tidak menjadi masalah untuk komputer dan laptop samaada ditingkat bawah / atas untuk mengakses internet asalkan mempunyai antena wireless.
3.Dapat bermain game LAN beramai ramai jika mempunyai banyak PC.Contohnya game Counter Strike, Red Alert, Dota, dan lain-lain.
4.Dapat berkongsi file-file dengan seisi rumah dengan mudah.
Jika anda berminat untuk mengetahui caranya, ikuti tutorial ini :)
Tutorial ini khas untuk pengguna streamyx yang menggunakan modem biasa (bukannya Wireless Modem)
Kelengkapan yang diperlukan :
1.Wireless Router
2.Kabel LAN (2 unit)
Langkah-langkah :
Bahagian A – Sambungan hardware
1.Dapatkan Wireless Router dimana-mana kedai komputer.Sekiranya anda mencari wireless router yang agak murah dan mempunyai perfomance yang baik, saya sarankan anda membeli wireless routerBelkin.Boleh didapati di Plaza Lowyat dengan harga rm99.
2.Jika anda menggunakan modem yang dibekalkan oleh tmnet, sila cabut kabel LAN yang dihubungkan kepada pc anda dari modem tersebut.
3.Sekarang sambungkan kabel LAN yang telah dicabut dari pc ke port berlabel Modem pada Wireless Router anda.
4.Sekarang modem anda telah disambung ke Wireless Router.
5.Dengan menggunakan satu lagi kabel LAN, sambungkan PC anda ke wireless Router dengan mengunakan port berlabel Computer pada Wireless Router anda.
6.Modem yang telah disambung kepada router.

Bahagian B – Akses Router
1.Pergi ke komputer anda, klik Start->Run->cmd
cmd
2.Dalam tetingkap cmd, taip ipconfig dan tekan enter.
ipconfig
3.Sekarang data-data berkaitan IP telah terpapar pada skrin.dapatkan Default Gateway untuk Local Area Connection.
defaultgateway
Dalam contoh diatas, default gateway ialah 192.168.2.1
4.Sekarang sila masuk ke browser internet anda (Firefox, Opera, IE, etc)  dan taip default gateway tersebut sebagai addres dan tekan enter.
address
5.Sekarang anda telah berjaya mengakses bahagian Setting router tersebut.
router
Bahagian C – Membuat sambungan internet
1.Untuk memasukkan username dan password streamyx anda, sila cari bahagian yang bernama PPoE.(Anda perlu mengexplore sendiri kerana setiap router mempunyai interface yang berbeza).
ppoe
2.Klik Next.
3.Masukkan Username dan Password untuk streamyx anda dan klik Apply Changes.
ppoe2
4.Sekarang Router anda akan restart.Selepas itu setiap komputer dan laptop yang connect ke wireless router anda akan mempunyai sambungan internet.
Bahagian D – Sekuriti Wifi
1.Bagi mengelakkan orang lain menggunakan Wifi anda, anda perlu meletakkan sekuriti terhadap wifi anda.Dalam contoh ini, saya akan menggunakan WEP.
2.Cari bahagian bernama WEP.WEP selalunya terletak dalam bahagian security..(Anda perlu mengexplore sendiri kerana setiap router mempunyai interface yang berbeza).
wep
3.Masukkan password yang dikehendaki dan klik Apply Changes.
wep2
4.Sekarang setiap komputer atau laptop yang mahu connect ke Wifi anda akan diminta password.Jika anda telah connect ke wifi tersebut sebelum password diletakkan, anda terpaksa connect kembali dan meletakkan password.
Bahagian E – Nama Wifi
1.Untuk mengubah nama wifi anda, cari bahagian bernama SSID.
2.Masukkan nama SSID baru yang anda suka dan klik Apply Changes.
ssid
3.Sekarang connection Wifi anda telah bernama JomPHP!
Sekarang anda telah siap setting wifi pertama anda.Anda boleh mencabut kabel LAN ke pc sekarang sekiranya hanya mahu menggunakan wireless.Untuk mengakses kembali router, hanya taip ip default gateway di web browser anda.
Sekiranya anda follow betul-betul tutorial ini, tahniah untuk anda.Anda telah menjimatkan duit sehingga rm100 sekiranya mahu mengupah orang untuk membuat wifi dirumah anda.
Ringkasan :
3 point iaitu PPoE, SSID dan WEP.Sekiranya anda faham 3 point ini, anda dapat mengsetup semua router yang diberikan kepada anda.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar